KUALA
LUMPUR: Kumpulan perbankan terbesar Malaysia, Maybank, akan menyemak semula
kadar asasnya (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) berkuat kuasa Jumaat, seiring
dengan penurunan kadar dasar semalaman
(OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Maybank
dalam satu kenyataan berkata BR akan diturunkan sebanyak 20 mata asas kepada 3.00 peratus setahun
daripada 3.20 peratus setahun manakala BLRnya akan disemak semula kepada 6.65
peratus setahun daripada 6.85 peratus setahun.
Bagi
perbankan Islam, BR dan kadar pembiayaan asas (BFR) akan dikurangkan sebanyak
20 mata asas masing-masing kepada 3.00 peratus setahun dan 6.65 peratus setahun
daripada 3.20 peratus setahun dan 6.85 peratus setahun.
Seiring
dengan pengurangan dalam BLR/BFR dan kadar asas, kadar deposit Maybank juga
akan disemak turun sehingga 20 mata asas.
Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata semakan
berkenaan akan memberi faedah kepada peminjam memandangkan semual pinjaman atau
pembiayaan ditambat kepada BR atau BLR/BFR juga akan diselaras.
"Semakan
berkenaan akan membantu bakal peminjam dan sedia ada berdepan dengan
persekitaran semasa yang mencabar serta membantu merangsang pertumbuhan
perniagaan dan ekonomi dalam negara," katanya.
Beliau
berkata langkah itu juga akan menyokong usaha kerajaan untuk memastikan ekonomi
dalam negeri melalui pertumbuhan kukuh.
BNM
pada Rabu membuat pengumuman menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, penurunan pertama sejak 2009,
bagi memastikan ekonomi kekal kukuh.
Semakan
terakhir dalam BLR Maybank pada Julai 2014 apabila menaikkan 25 mata asas
kepada 6.85 peratus setahun seiring dengan keputusan bank pusat pada masa itu
untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan