NICE

Rabu, 28 September 2011

Biar Betol.......Aku Dah Dapat

Cara Mendapatkan dan Menambah Traffic blog hingga Jutaan Pengunjung 

Mesti ramai yang nak tau....sanggup ke kalian semua membaca cara dan kaedahnye? Kalau nak aku leh ajarkan....percaya atau tidak terpulang....tapi buktinye ternyata tidak mensia-siakan...
aku percaye aku buat....

Salah satu cara untuk meningkatkan trafik /pengunjung blog, adalah dengan menggunakan layanan traffic exchange fwebtraffic. Situs ini menyediakan latyanan tukar trafik / pengunjung secara gratis.

Kali Ini LUAHAN CADANGAN PENDAPAT (LCP) akan Memberikan tutorial mudah kepada KALIAN SEMUA


Cara kerja fwebtraffic sangat sederhana, iaitu untuk menjadi member maka kita harus mengklick 6 link , setelah membuka keenam link tersebut akan muncul kode yang akan digunakan untuk mengisi code pada borang pendaftaran, setelah ke enam code tersebut terisi maka anda dikehendaki memasukkan data website /blog sendiri yang akan digunakan untuk mengikuti program traffic exchange tersebut.


Contoh:
Klik setiap link yang ada seperti di gambar berikut :



Setelah klik setiap link akan muncul kode di bagaian atas halaman (frame)
Anda akan memperoleh 6 kode unik setiap membuka halaman dari ke enam link di atas
:



Masukkan 6 code tersebut ke kotak ad code (code for ad#.. ), lihat gambar di bawah



Seterusnya masukkan data blog anda, kemudian click buttonl submit.



Dalam sistem ini terdapat 6 aras level, jika berjaya mendapatkan downline penuh 6 aras level ini  maka berpeluang mendapatkan trafik jutaan ke blog anda (karena setiap downline harus membuka web anda sebelum menjadi member.

Setelah mendaftar jadi member, maka akan mendapatkan link referal, tugas anda selanjutnya adalah menyebarkan link tersebut di blog atau mana-mana laman sosial, agar cepat mendapatkan downline, semakin banyak downline maka akan semakin banyak trafik yang diperoleh, dari downline yang klik link blog anda.
Jika anda berminat mengikuti program ini boleh daftar disini

Di sini saya menunjukkan buktinye....terima kasih fwebtraffic kerana memberikan traffic yang sebegini CHANTEQ



Gambar ni dari nuffnang yang unik sahaja....kalau ambil dari blogger dah beratus yang masuk....untung tak....masyuk jugak...

Selasa, 27 September 2011

Ingat Kalau Lupa

Dah nak habis raya ke? Macam tak puas je......aduh....nk part 6 dh...report LI xwat lagi...Aduh....bila rasanya ada masa nak buat semua ni.....nak cari duit lagi.....

(ANGAN-ANGAN INGIN MENJADI SEORANG JUTAWAN)..

 Hahahaha...doa2 kan lah.....AMINNNN......................=)

Sebelum tu aku nak ingatkan pada diri aku yang mudah lupa serta kalian semua mengenai KUBUR. Mungkin kalian semua pelik kenapa aku berbicara mengenai kubur. 


 Bukankah semua yang hidup akan menemuai ajalnya? Jadi kita semua umat islam pasti akan dikuburkan kelak. Kalau kalaian ingin tahu. Kubur akan menyeru manusia sebanyak 5x. Antara seruannya adalah:

Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Ada kesedaran tak dalam hati kalian. Sebagai umat islam kita seharusnya mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT. Salah satunya ingat pada orang yang telah lama pergi meninggalkan kita. Insyaalah...bila teringat mesti terdetik dihati kita untuk betaubat. Sesungguhnya pintu taubat itu tidak akan tertutup selagi kita masih bernyawa. Ingatlah wahai UMAT ISLAM semua. Macam beri tazkirah pulak malam-malam ni. 

Allahyarham Tun Abdul Razak
Bapa Pembangunan Malaysia

Banyak lagi aku ingin kongsikan pada kalian semua. Tunggu la next entri nanti. Salam

Selasa, 20 September 2011

Dah 15 follower blog aku

Thanx pada yg sudi menjadi follower setia blog aku.....
Jadi hati ini ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada blogger2 yg menjadi follower blog aku..
thanx a lot 4 u all....
owang yg ke 15 nie ni blog dye.........
Klik this picture 4 url dye...
thanxx




Lepas nie sape2 jd follower aku...akan aku promot mcm nie jgk..hahaha...
bukan senang blog diorang nk promot mcm nie...
Ape2 pun thanx pada sesiapa yang menjadi follower aku....
may Allah bless u...amin

Isnin, 19 September 2011

TOLONG BERITAHU SI DIA AKU ADA PESANAN BUATNYA…

Tolong beritahu si dia… 
-cinta agung adalah cintaNya…

Tolong beritahu si dia… 
-cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia… 
-jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia… 
-jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia… 
-jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia… 
-dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakana pada si dia… 
-dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia… 
-aku terpikat kerana imannya bukan rupa parasnya…

Tolong ingatkan si dia… 
-aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya…

Tolong ingatkan si dia…
-aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…



Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

CINTA… Lahirnya dari dua hati… hadirnya tanpa dipaksa…