NICE

Selasa, 5 Julai 2016

PEJABAT JPJ DISAMUN RM754,000

KUALA LUMPUR: Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000 dalam kejadian samun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini, Isnin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian 5.40 petang itu, kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang.

Katanya, suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil.

"Pada waktu kejadian proses pengiraan wang hasil pendapatan harian di lakukan dua pegawai awam," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan