NICE

Rabu, 24 Oktober 2018

BOTOL PLASTIK SEBAGAI GANTI TAMBANG BAS

PENDUDUK Surabaya membawa botol plastik sebagai pertukaran untuk tiket bas di stesen Purbaya, Indonesia pada 21 Oktober lalu. - REUTERS

SURABAYA 23 Okt. - Bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya muncul dengan idea unik bagi menggalakkan penduduknya untuk mengitar semula bahan buangan.

Kerajaan tempatan Surabaya menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada sesiapa yang mengitar semula botol plastik terpakai, sebagai pertukaran bagi tambang bas.

Di bawah skim yang dilancarkan pada April lalu, orang ramai boleh menaiki bas dengan meletakkan botol plastik terpakai di terminal bas atau membayar tambang secara terus dengan botol.

Tiket untuk perjalanan bas selama dua jam bernilai 10 cawan plastik atau lebih lima botol plastik, bergantung kepada saiz.

Langkah dilaksanakan oleh Surabaya itu bagi memenuhi sasaran untuk bebas bahan buangan plastik di bandar berkenaan menjelang 2020.

Surabaya juga merupakan bandar pertama di Indonesia melaksanakan skim terbabit. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan