BANGKAI kapal
layar tertua di dunia berjaya ditarik keluar dari Laut Hitam selepas pencarian
berteknologi paling canggih dilancarkan.
Kapal yang
digunakan pada zaman Greek dan Rom itu kelihatan masih elok seolah-olah ia baru
sahaja karam semalam.
Ia diangkat keluar
dari kedalaman laut Eropah timur sebagai sebahagian daripada penyelidiakan
Projek Arkeologi Laut Hitam.
Karbon kapal
tersebut bertarikh 500 sebelum Masihi dan dianggarkan berusia lebih 2,500
tahun.
Ia kelihatan sama
seperti kapal popular Siren Vase dan kini diletakkan di Muzium Britain.
Kapal layar kedua
tertua di dunia dari 72 kapal yang direkodkan adalah bertarikh 200 sebelum
Masihi.
Pakar yang terlibat
dalam projek berkenaan, Dr Kroum Batchvarov berkata: "Kami memiliki
struktur kapal yang lengkap dengan tiang yang masih lagi berdiri dan alat
kemudi yang terletak pada tempatnya.
"Ia adalah
satu penemuan yang menakjubkan dan ia adalah yang pertama seumpamanya."
Kapal tersebut
masih terpelihara dengan baik kerana Laut Hitam tidak mempunyai oksigen
sehinggakan tulang ikan 'monkfish' yang dimakan oleh orang Rom masih dalam
keadaan baik di atas dek.
Projek Laut Hitam
tersebut adalah penyelidikan saintifik selama bertahun-tahun yang dipimpin oleh
institusi antarabangsa termasuk Universiti Southampton.
Mereka meneroka
perubahan Laut Hitam dan bagaimana ini telah mempengaruhi tamadun manusia. -
Sky News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan