NICE

Selasa, 23 Ogos 2016

UAK DITIPU SYARIKAT JUALAN KERETA TERPAKAI

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi Haroon mendakwa beliau telah ditipu apabila pihaknya masih belum mendapat bas yang dibeli melalui sebuah syarikat jualan kereta terpakai sehingga hari ini.



Menurut Facebooknya, bas tersebut dibeli bagi kegunaan pelajar di Pusat Kecemerlangan As-Syafie (PAKSY) iaitu sebuah maahad tahfiz yang diasaskan sendiri olehnya sebelum ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik melalui laman sosialnya hari ini, Abdullah Khairi memaklumkan bahawa dia telah ditipu oleh seorang individu memandangkan bas yang dijanjikan tersebut masih belum diperoleh walaupun pembayaran penuh telah dibuat kepada pihak berkenaan.

Selain daripada itu, beliau turut menunjukkan laporan polis yang dibuat sebelum ini berhubung kes penipuan tersebut.

Difahamkan, Abdullah Khairi juga telah membuat pembayaran sebanyak RM220, 550 kepada pihak terbabit melalui pembelian pada 27 Jun lalu dengan menggunakan wang hasil daripada derma orang ramai kepada PAKSY.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pihak terbabit juga sebelum ini telah berjanji untuk menyerahkan bas berkenaan pada 4 Julai lalu namun sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan