NICE

Selasa, 23 Ogos 2011

Dah Tahu Buat-buat Tak Tahu


  1. Amalan SUNAT di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan amalan FARDU, dan amalan FARDU di ganda 70 kali ganda, tapi solat FARDU berjemaah tidak ramai orang buat manakala solat SUNNAT tarawikh ramai pula orang buat.
  2. Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka, manakala kebanyakkan masjid surau pula terbahagia kepada tiga bahagian, 10 hari awalnya penuh, 10 hari pertengahannya ‘lega’ dan 10 hari akhirnya lengang(merujuk kepada saf masjid/surau)
  3. Berita dapat bonus setengah bulan lebih di rasai gembira dari berita mendapat bonus seribu bulan, kerana kesesakkan orang di pasar berbanding kelengangan orang di 10 akhir Ramadhan terserlah sudah.(rujuk point no.2)
  4. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka, tapi kita hanya mampu beristigfar melihat orang berbuka puasa membazir ikan ikan bakar di meja meja.-isk.
  5. Sesungguhnya Allah membebaskan hamba hamba dari api neraka pada setiap malam pada bulan Ramadhan, manakala korang pula membebaskan letupan letupan dari bunga api dan mercun pada setiap malam bulan ramadhan.
  6. Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar, dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam. Aku tidak tambah apa apa hadith ini, begitulah bunyinya.
  7. Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja walaupun hanya sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, manakala sesiapa yang tidak sempat menempah baju raya dengan sengaja ,walaupun hanya sehelai tanpa keuzuran atau sakit,dia pasti akan dapat menempah seribu helai lagi walaupun tak habis pakai seumur hidup.Moral: jangan ponteng puasa.
  8. Tardapat banyak lawak yang menggunakan prosa, jika nak batal puasa koreklah hidung, namun dewasa ini, banyak sudah pendapat ulamak yang mengatakan korek hidung tidak batal puasa, namun mengorek hidung di hadapan khalayak perlulah di elak kerana bimbang orang lain pula batal puasa(akibat muntah)
  9. Aku masih was was bila ada Buzanama cakap, boleh bersetubuh dengan isteri di bulan puasa dengan syarat korek hidung sebelum bersetubuh yang mana hukum asal denda bagi mereka yang bersetubuh di bulan ramadhan adalah kena berpuasa dua bulan berturut turut. Tapi bila korek hidung kena ganti satu hari sahaja, Ustaz tu salah! tapi kejadian ini berlaku waktu aku sekolah menengah dan masih jahil, jika ustaz ni baca blog aku hari ini, di harap ustaz itu insaf serta merta di tempat kejadian.(rujuk point no.8)
  10. Hadith kelebihan solat sunnat tarawikh yang menceritakan kelebihan melampau lampau di yang di gantung gantung di masjid dan surau adalah hadith palsu walaupun ada yang tak tahu hadith itu palsu, tapi masjid tetap kosong di akhir ramadhan kerana mereka lebih gemar membeli gubahan hiasan bunga bunga dan pasu pasu.
  11. Tahukah korang, bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, tak tahu? Itu yang aku nak bagitahu.
  12. Puasa politik atau mogok lapar direka oleh Mahatma Gandhi, orang islam tak payah nak tunjuk perasaan dengan mogok lapar-bodoh ke apa?
  13. Terdapat orang(sesetengah ustaz) yang mana pada bulan tidak puasa, cukup anti dengan hadith fadhail, katnya hadith itu untuk budak budak, tapi bila bulan puasa suka pula mendengar dan menyampaikan hadith fadhail, ini mungkin ada kaitan dengan syaitan yang di rantai pada bulan puasa kerana syaitan memang tidak suka dengan kelebihan amalan yang dijanjikan dalam hadith fadhail.
  14. Ada orang islam yang berpuasa dinegara 4 musin yang siang harinya pendek, sekejap sahaja mereka puasa sudah masuk waktu berbuka dan ada orang islam yang siang harinya panjang sampai 18 jam baru berbuka, selamat berpuasa. Allah know best!
  15. Bulan tak puasa solat magrib paling penuh dalam carta solat paling popular dii kuti solat isyak, manakala solat subuh paling lengang, tapi bila tiba bulan puasa, solat subuh penuh macam solat magrib, wah bagusnya, tapi solat maghrib pulak menjadi lengang kerana sibuk berbuka.pulak!
  16. Kita hendaklah memberitahu orang yang mengumpat di depan kita supaya berhenti mengumpat dengan menyatakan “aku sedang berpuasa” kerana mengumpat di depan orang yang berpuasa adalah satu kesalahan walaupun mengumpat orang lain.
  17. Ada orang yang puasa tapi tak solat sedangkan solat adalah amalan pertama yang akan di hisab yang mana jika solat diterima barulah amalan lain akan diterima, namun jangan suruh orang puasa tapi tak solat itu berbuka, itu bengong namanya, tapi suruhlah orang puasa tapi tak solat itu supaya bersolat.
  18. Diberitakan sahabat Nabi menangis di akhir Ramadhan kerana sedih bulan mulia dah nak berlalu, tapi kita (tak payahlah aku mengumpat dibulan puasa- rujuk point 16)
  19. Kebanyakkan lagu lagu raya yang seronok di dengar itu adalah dinyayikan oleh orang yang sudah lama meninggal dunia. Bukan sepatutnya rasa seram ke?-woha!
  20. Di 10 malam akhir ramadahan, ada orang buat solat tahajjud berjemaah dan mungkin ada yang buat dengan tidak berjemaah, yang berjemaah jangan perasan bagus sebab yang buat asing asing itu sedang ikut sunnah Nabi.
  21. Dahulu jika sabit kesalahan di dapati telah bersalahnyaseorang islam itu tidak berpuasa dengan sengaja, hukuman untuk mereka adalah naik keretamayat, tak tahu hukuman ini masih berjalan atau tak. 
  22. etiap tahun penyanyi Mam Bai yang pernah popular dengan lagu “masih aku tarasa” mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna agar dapat Mam Bai lalui Dengan sempurna- aku juga mengharapkan begitu, sambil menyanyi lagu : Harapan ramadhan.., selangkah demi selanglah, ewah..
  23. Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur, insyAllah, korang akan makan macam makan tengah hari, kalau yang berhadas besar, syariat mengajar mandi wajib dahalu baru makan.
  24. Segerakan berbuka, kerana itu sunnah, tapi ada masjid segerakan tarawikh tapi tinggal solat sunnat ba'adiah lepas isyak, apa kes?
  25. Ada antara korang yang ketika membaca perenggang ini, masih belum membayar zakat fitrah.Mengaku jelah...
  26. Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ dalam kubur yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah!

Selasa, 16 Ogos 2011

Kod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam


Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudianmenanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab ” KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mulamencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 – an mengetahuinya. .
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.
Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuatkodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, 
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, 
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Khamis, 4 Ogos 2011

Berdoa Memohon Keampunan

Di bulan yang baik ini sama-sama kita berdoa untuk ahli keluarga kita, terutama kedua ibu bapa kita, dan semua ahli keluarga yang masih hidup dan yang telah kembali ke rahmatullah. Berdoa untuk saudara mukmin tampa pengetahuannya juga adalah satu amalan mulia. 


Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahu pun hadith menyebut tentang galakan berdoa. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Dan Tuhanmu berfirman: berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60).
 


Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang apa yang diminta dan cara meminta).” (al-A’raf : 55). 
 
 
Doa Mohon Keampunan Untuk Sekeluarga


Maksudnya:

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!

 

Aku Merinduimu

rinduku, merinduimu..
rinduku, siang tanpa senyumanmu..
rinduku, malam tanpa kucupanmu..
rinduku, tawamu..
rinduku, pujukanmu..
rinduku, belaianmu..
rinduku, gurauanmu..










rinduku, hari-hari bersamamu..
rinduku, kasih sayangmu..
rinduku, untukmu..
rinduku, dirimu..
dan..
sayangku, sepanjang hayatmu..

Aksi Persahabatan Harimau Malaya Menentang Skuad Liga Super Selangor

Sebagai menggantikan aksi persahabatan menentang Oman yang terpaksa dibatalkan, skuad bolasepak kebangsaan bimbingan Datuk K.Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Liga Super Selangor pada 6 Ogos (Sabtu) ini.

Perlawanan dijadual berlangsung jam 10 malam, di Stadium Shah Alam, dan peminat dialu-alukan hadir memberikan sokongan, sama ada kepada pasukan kebangsaan mahupun Gergasi Merah Kuning.

Apapun, Harimau Malaya akan beraksi tanpa kelibat beberapa pemain, termasuklah penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan (cedera), Khairul Fahmi Che Mat dan kesemua pemain Harimau Muda yang kini berada di Slovakia untuk persiapan Kelayakan Olimpik.

Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.

Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie
Terengganu
Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari
Kelantan
Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali
Kuala Lumpur
Shahrizal Mohd Saad
Johor FC
Faizal Muhammad
Harimau Muda A
Safee Sali
Pelita Jaya

Pertahanan Pincang atau Kesilapan Penjaga Gol


Bolos 18 gol dalam 4 perlawanan, statistik yang dengan sendirinya menceritakan betapa pincangnya barisan pertahanan negara tanpa perlu diulas dengan lebih terperinci. Jelas ini bukan barisan pertahanan yang kita kenali akan keampuhan mereka hingga diangkat tonggak kejayaan Piala AFF Suzuki tujuh bulan lalu.

Jika ketika itu gandingan Mahali Jasuli – Muslim Ahmad – Fadhli Shas – Asrarudin Putra, sesekali dibantu kelibat Sabre Abu dan ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang hanya bolos 3 gol dalam 6 perlawanan (tidak termasuk perlawanan pertama Malaysia tewas 1-5), keserasian dan keampuhan itu nyata gagal dibentuk semula K.Rajagobal yang sekali lagi menyaksikan kesilapan mudah dan kelemahan pertahanan menjadi punca utama harapan Malaysia mara ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Gandingan yang sama, namun tiada lagi sesuatu untuk digentarkan, tiada lagi keserasian dan gandingan mantap, tiada lagi aksi lasak yang boleh menyekat pergerakan penyerang lawan sepertimana mereka pernah mengecewakan Sarayoot Chaikamdee (Thailand), Nguyen Trong Hoang (Vietnam), serta Cristian Gonzalez dan Irfan Bachdim (Indonesia).

Kehadiran semula pemain pertahanan yang juga bekas kapten, Aidil Zafuan Abdul Razak juga tidak dapat menutup kelemahan itu, dan sekadar menjadi watak popular di barisan pertahanan yang terpaksa diperkuatkan tonggak skuad Olimpik ekoran tersisihnya Norhafiz Zamani Misbah dan Nasriq Baharom.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal ketika ditemui penulis tidak lama dulu pernah menyuarakan rasa terkilannya akan kegagalan barisan pertahanan berfungsi dengan baik, kerap hilang konsentrasi dan tidak belajar daripada kesilapan, justeru khuatir ia akan menjejaskan peluang pasukan negara.

Manakala Rajagobal juga pernah beberapa kali membidas pemain pertahanan negara secara terbuka, namun ia tampak tidak mengubah keadaan malah menjadikannya lebih buruk.

Apapun, melihat kepada 5 gol yang dilepaskan pada perlawanan menentang Singapura, timbul 2 persoalan. Pertama, ke manakah hilangnya pemain pertahanan negara ketika barisan depan Singapura diketuai penyerang veteran, Aleksandar Duric bermaharajalela dan mempersenda benteng pertahanan yang seolah ‘tidak wujud’ sepanjang 90 minit permainan, dan kedua, prestasi Sharbini Allawee yang langsung tidak meyakinkan.

Umpamanya gol pertama itu sendiri mungkin boleh dielak jika Duric dikawal baik Fadhli, atau Sharbinee bertindak pantas merebahkan badan (automatic response yang perlu ada pada mana-mana penjaga gol), gol kedua pula Sharbini sekadar memerhati, membiarkan sahaja bola mengegar gawangnya, gol ketiga berpunca kegagalan awal Asrarudin yang seolah hilang arah tuju serta Muslim menyekat/mengawal pergerakan Mustafic manakala Sharbini tidak melakukan sebarang cubaan untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.


Gol keempat, PALING KETARA, bermula sekali lagi menerusi kesilapan Asrarudin, diikuti kegagalan Muslim dan Amar Rohidan, dilengkapkan MAHALI JASULI yang sekadar memerhati Shi Jiayi, tanpa mencabar langsung larian dilakukan penyerang itu.

Dan kelima, PEMAIN PERTAHANAN BOLEH DISAHKAN TIDAK WUJUD dalam permainan ini, apabila Mahali yang gagal menyekat pemain Singapura dari melakukan hantaran, langsung tidak berusaha untuk merampas semula bola berkenaan dari kaki Duric, hanya memerhati, dan cukup memalukan melihat seorang pemain berusia 41 tahun, melakukan turning semudah A,B,C untuk gol kelima.

Melihat situasi ini, apakah konklusi yang anda sebagai peminat HARIMAU MALAYA fikirkan, pada ketika bukan sahaja pertahanan, tetapi penjaga gol juga mempamer prestasi mengecewakan dan langsung tidak meyakinkan?
Kekecewaan terpancar dari raut wajah apek!!!



SS yakin Rizal Fahmi, atau Farisham Ismail (dua pilihan centreback lain) sendiri belum tentu dapat menggalas cabaran berat ini, apatah lagi dengan kekurangan pengalaman di pentas antarabangsa, manakala di gawang, Rajagobal perlu mempertimbangkan dengan serius sama ada mengekalkan Sharbini atau mengembalikan posisi no.1 kepada Apek, yang turut mengalami kemerosotan prestasi.

Harimau Muda Langkah Kanan



SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1. Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010
di Afrika Selatan.
Pada kempen di Afrika Selatan itu, Slovakia berjaya melangkah ke pusingan kedua melibatkan 16 pasukan terbaik sebelum tewas 1-2 kepada Belanda. Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu berjaya menewaskan Bodva Moldava 1-0 pada 26 Julai lalu dan Topvar Topolcany 2-1 pada Sabtu lalu. Menurut Kim Swee, secara keseluruhannya, persembahan para pemainnya semakin menunjukkan peningkatan, namun masih banyak yang boleh diperbaiki.
"Perlawanan ini cukup sengit dengan intensiti yang cukup tinggi. Pemain telah berjaya mengawal permainan dengan baik. “Tapi pada babak kedua, kita kurang mengasak apabila pasukan lawan memberi tekanan terutama di bahagian tengah,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam. Pada perlawanan itu, dua gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.
Kim Swee menurunkan enam pemain kesebelasan bertemu Moldava iaitu Fandi Othman, Amer Saidin, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Shukor Jusoh dan Irfan serta tiga pemain kesebelasan bertemu Topolcany iaitu Ferris Danial Mat Nasir, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Hazwan. Dua lagi pemain iaitu penjaga gol, Zamir Selamat dan Syahrul Azwari Ibrahim turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama. “Sepanjang separuh masa kedua, saya membawa masuk Izuan Solahuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan A. Thamil Arasu,” ujar Kim Swee. Untuk aksi keempat, skuad Olimpik negara akan bertemu kelab Hungary, Honved Budapest pada Selasa depan

Rabu, 3 Ogos 2011

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

sekadar info untuk semua :)

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Cuba Check

Berikan Kami Peluang

KETIADAAN tiga pemain pertahanan Olimpik negara dan tonggak berpengalaman, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dalam kem latihan pusat Harimau Malaya bermula hari ini membuka ruang yang luas kepada beberapa pemain yang sering kali hanya memanaskan bangku simpanan.
Peluang yang terhidang kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memikat hati ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal selepas ada yang berasakan pertahanan negara yang dibarisi pemain yang sama sejak penghujung tahun lalu perlu diubah kerana dilaporkan menjadi salah satu faktor kekalahan Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari.

Tiga tonggak pertahanan terbabit yang sering mendapat kepercayaan Rajagobal membarisi kesebelasan utama -Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli - bersama empat pemain lain menyertai skuad Olimpik negara di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang kini menjalani latihan di Slovakia.
Ketiadaan mereka meninggalkan lapan pemain bersaing untuk berada dalam kesebelasan utama termasuk pemain pertahanan tengah berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah, Mohamad Azmi Muslim, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Faizal Muhamad.

“Kehadiran sejumlah pemain ini termasuk mereka yang sudah mempunyai berpengalaman yang luas di pentas antarabangsa mungkin dapat meningkatkan lagi kualiti benteng terakhir negara yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini. “Sebagai pemain, saya kena fikir positif perkara ini kerana sesiapapun mempunyai kemampuan untuk beraksi mewakili skuad negara. Cuma mereka perlu membentuk persefahaman dan komunikasi yang baik semasa sesi latihan serta diterjemahkan apabila turun beraksi dalam perlawanan sebenar,” kata pemain negara, Mohd Asraruddin Putra Omar.

Dia yang sering menjadi pilihan Rajagobal mengisi posisi pertahanan kiri turut terkena tempias kritikan berikutan kerapuhan pertahanan negara turut berjanji untuk meningkatkan lagi prestasinya.

“Walaupun sering berada dalam kesebelasan utama, posisi ini masih belum menjadi milik saya sepenuhnya. Saya perlu mempamerkan persembahan yang lebih baik dan konsisten kerana pemain seperti Mohamad Azmi mampu menggantikan saya bila-bila masa saja,” katanya.

Untuk sesi latihan pusat kali ini, Harimau Malaya dijadualkan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa termasuk menentang Oman di tempat lawan pada Rabu depan.



 Asraruddin (dua dari kiri) bersama Mahali (kiri), Fadhli, Muslim dan Aidil (kanan) yang menjadi tonggak pertahanan skuad Rajagobal pada saingan Kelayakan Piala Dunia lalu. 

Berakhir Sudah Hubungan Kita

KOTA BHARU: Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.
Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.


“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.

BANGKITLAH HARIMAU MALAYA

KEKECEWAAN disingkirkan Singapura minggu lalu mahu dipadamkan terus dari memori pemain Harimau Malaya apabila ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal mencari ‘mangsa’ untuk membangkitkan kembali moral anak-anak buahnya.
Satu perlawanan persahabatan antarabangsa diatur dengan Oman-salah satu pasukan yang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia-akan ditentang Harimau Malaya pada Rabu depan di gelanggang lawan diikuti satu lagi perlawanan namun tarikh sebenar dan pasukan mana masih belum diputuskan lagi.

Kapten Harimau Malaya, Mohd Safiq Rahim mengharapkan keputusan yang positif dapat dicapai walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.
“Moral rakan-rakan agak rendah ketika ini namun kekecewaan itu (disingkirkan Singapura) perlu dilepaskan dan kami perlu bergerak ke depan. Kita tidak boleh mengubahnya, cuma apa yang boleh dilakukan sekarang adalah membaiki kekurangan yang ada untuk membina sebuah pasukan yang mantap.

“Anggaplah ia sebagai satu proses pembelajaran dan pengalaman yang berguna,” katanya mengenai kekalahan agregat 6-4 Harimau Malaya ke Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.

Untuk kem latihan pusat yang bermula esok, Rajagobal memanggil sejumlah 25 pemain termasuk beberapa muka baru seperti dua pemain Kuala Lumpur, Norazlan Razali dan Mohd Shahrom Abdul Kalam selain beberapa pemain berpengalaman yang beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea tempoh hari iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Farizal Marlias dan Joseph Kalang Tie.

Tujuh pemain Olimpik negara disisihkan -Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan -yang berkemungkinan besar bakal menyertai latihan pusat di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee di Slovakia dalam masa terdekat.

Turut tersisih dalam kem pusat kali ini adalah dua tonggak utama Harimau Malaya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang masih mengalami kecederaan selain penjaga gol ketiga negara, Mohd Nasril Nourdin


Warna Putih


  1. Pakaian ehram untuk mereka yang pergi haji, adalah bewarna putih dan ini adalah sunnah Nabi.
  2. Yang disukai oleh Nabi saw ialah warna putih. Petikan Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin.
  3. Daripada Samurah r.a ,Rasulullah S.A.W bersabda ,: " Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.." (Hadis riwayat Nasa'i)
  4. Dari Ibnu Majah, Nabi S.A.W bersabda,: " Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih.
  5. Bendera Islam bewarna putih dan tertulis kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH (HR Ibnu Majah)
  6. Kain kafan yang di gunakan untuk membungkus mayat orang islam adalah bewarna putih, tidak kira korang dari parti warna apa apapun.
  7. Orang kapir, kereta mayat mereka bewarna hitam, tapi di Malaysia, keratamayat warna putih.
  8. Dalam perang, jika bendera putih kosong yang dikibarkan itu tandanya mereka ingin berdamai atau menyerah kalah.(standard perang hari ini-mamat konspirasi tak payah nak tafsir lebih-lebih)
  9. Dalam sukan UFC, apabila jurulatih membaling kain putih ke tengah gelanggang, pengadil haruslah memberhentikan perlawanan.(inilah sukan yang paling aku suka tengok)
  10. Dalam budaya perkahwinan masyarakat barat,pakaian putih dan tutup muka pengantin perempuan dianggap sebagai lambang kesucian, iaitu pengantin masih dara.(betuk ke ni?) Tapi di malaysia, malam pertama letak kain putih dipunggung perempuan yang mana jika ada darah bermakna dara pecah.
  11. Nama sebenar P Ramlee adalah Zakaria Puteh.
  1. Pulau Batu Puteh menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milikSingapura.
  2. Mambang Putih merujuk kepada sejenis makhluk halus yang mewakili semangat putih matahari dan langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat.
  3. Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Ada pepatah mengatakan, penjenayah miskin tempatnya dalam penjara, penjenayah kaya tempatya dalam politik.Woha!
  4. Krim yang sedap korang makan pada kueh kek, adalah Putih telur campur air gula-tahu takpe.
  5. Pokok Kayu Putih ialah sejenis pokok gelam, tapi takde kene mengena dengan saka gelam.
  6. Jika bermain catur, buah putih jalan dulu.
  7. Orang yang malu nak mengorat tiba tiba aweknya kahwin dengan orang lain di kenali sebagai “berputih mata”.
  8. Bawang putih baik, bawang merah jahat, tapi aku lebih suka Nia Ramadhani : )
  9. Sel darah putih berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing, kekurangan sel darah putih akan – jangan ponteng kelas sains.
  10. Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali rumah ini dimusnahkan dalam filem seperti 'die hard 4.0', 'independence days' dan lain lain.
  11. Tahukah kamu kenapa warna tahi cicak putih dan hitam? Menurut kajian sains, ianya adalah atas dasar safety, yang mana jika tahi cicak jatuh dalam susu, orang nampak, jatuh dalam kopi pun orang nampak, Woha.
  12. Tahukah kamu kenapa mahsuri berdarah putih? Ya betul, sebab mereka tikam tepat pada buah dadanya-woha!

    ***blog mne tah