Pages

Selasa, 21 Jun 2016

SKIM SIMPANAN SHARIAH KWSP BUKA PENDAFTARAN BERMULA OGOS


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka pendaftaran bagi pilihan simpanan persaraan barunya, Simpanan Shariah, yang akan dilancarkan tahun depan kepada ahli ahlinya pada 8 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP memperuntukkan dana permulaan RM100 bilion, kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016.
"Ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa, yang kini dikenali sebagai Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah perlu hadir membawa dokumen pengenalan diri ke cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari.
“Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selaras dengan prinsip Syariah, kadar dividen untuk Simpanan Shariah berdasarkan prestasi portfolio patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen.
"Satu Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) ditubuhkan bagi menyelia semua aspek operasi, pelaburan dan tadbir urus Simpanan Shariah.
"JKPS juga akan mengiktiraf produk pelaburan Syariah yang ditadbir dan disahkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," katanya.
Ia adalah skim pertama berasaskan siapa cepat dia dapat. Jika ahli KWSP tidak berjaya mendapat bahagian pertama, mereka secara automatik berada dalam senarai menunggu bagi tahun depan.

0 Kritikan:

Catat Ulasan