NICE

Selasa, 21 Jun 2016

'GENG SYAFIQ' TUMPAS

Kumpulan samun bersenjata yang dikenali sebagai 'Geng Syafiq' tumpas dengan tertangkapnya empat anggotanya, sekaligus menyelesaikan 17 kes samun di Lembah Klang dan Selangor sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata ketua geng tersebut iaitu lelaki berusia 23 tahun ditangkap dalam sebuah rumah di Batu Caves pada 17 Jun lepas manakala tiga anggotanya ditahan semalam di sebuah hotel di ibu kota.

"Hasil maklumat yang diterima, kita membuat serbuan ke atas hotel berkenaan pada 11.30 pagi semalam dan menahan tiga lelaki berumur 23 hingga 32 tahun. Turut dirampas dua bilah parang dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu.

"Turut dijumpai 16 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah komputer riba yang dipercayai hasil kegiatan samun itu," katanya kepada pemberita di Sungai Buloh hari ini.

Abdul Aziz berkata modus operandi kumpulan itu adalah melakukan samun pada awal pagi di kawasan yang kurang pengunjung seperti kolam memancing.

Kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan