NICE

Isnin, 20 Jun 2016

Abu Sayyaf terima wang tebusan RM8.8 juta

Kumpulan militan, Abu Sayyaf didakwa hanya menerima hanya P100 juta atau RM8.8 juta sahaja sebagai bayaran tebusan bagi membebaskan empat mangsa culik dari Sarawak, walaupun laporan sebelum ini menyebut sebanyak P130 juta (RM12 juta) akan dibayar sebagai wang tebusan, lapor Manila Times, semalam.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar tersebut mendakwa kehilangan baki RM3.2 juta itu telah menimbulkan syak wasangka yang menjurus kepada pemberontak mungkin bersekongkol dengan para pegawai kerajaan dari Malaysia dan Filipina, yang mungkin berkongsi wang tersebut sesama mereka.
"Ia telah menjadi isu hangat di Malaysia sekarang. Pembayaran wang tebusan telah menjadi satu daripada tajuk-tajuk utama mereka, tetapi menghairankan, ia masih belum mendapat perhatian media Filipina.
"Kita mendapat maklumat bahawa kumpulan Abu Sayyaf menjadi marah setelah mengetahui dari laporan berita bahawa wang tebusan itu sebenarnya sebanyak RM12 juta (P130 juta), namun, hanya P100 juta sahaja sampai kepada mereka," kata seorang pegawai kanan, memetik laporan itu.
"Persoalannya ialah ke mana hilangnya wang itu?"
Satu lagi sumber mendakwa seorang pegawai kerajaan tempatan di Sulu terlibat dalam rundingan.
"Sudah menjadi pengetahuan umum di Malaysia yang biasanya P30 juta (RM2.64 juta) dibayar sebagai wang tebusan bagi mangsa-mangsa culik rakyat Malaysia pada masa lalu. P130 juta setakat ini adalah yang tertinggi," kata sumber itu.
Sumber itu mendakwa, beberapa pegawai tempatan termasuk mungkin di kalangan tentera telah bersubahat dengan Abu Sayyaf.
"Mengapa mereka begitu pasif? Jelas sekali, banyak pihak yang mungkin terlibat. Banyak jawapan boleh diberikan oleh Gabenor Sulu (Abdusakur Tan)," tambah sumber itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan