NICE

Khamis, 16 Jun 2016

GAJI MINIMUM TAK JEJAS PEKERJA - TM

Pelaksanaan dasar gaji minima mulai 1 Julai ini tidak akan menyebabkan pekerja diberhentikan kerja, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.


Beliau memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini bahawa sebaliknya, pelbagai faktor termasuk kekurangan permintaan bagi produk syarikat, akan menyebabkan kepada pemberhentian pekerja.

"Selain itu, data Jabatan Tenaga Kerja yang menguatkuasakan perintah gaji minima 2012, tidak menunjukkan sebarang pemberhentian pekerja akibat daripada pelaksanaan gaji minima ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Engku Naimah Engku Taib mengenai sejauh mana pelaksanaan perintah gaji minimum 2016 ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja akan memberi kesan kepada bilangan pekerja yang diberhentikan.

Ismail berkata, pemberhentian pekerja dalam syarikat-syarikat juga memerlukan majikan menyatakan sebab pemberhentian itu, dan sehingga kini tiada rekod yang menyatakan ia disebabkan oleh pelaksanaan gaji minimum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan