NICE

Khamis, 23 Jun 2016

RUMAH PANJANG INAP DESA MUSNAH DIJILAT API

Sebuah rumah panjang lima pintu yang beroperasi sebagai inap desa di Kampung Sentah di puncak Gunung Siburan, kira-kira 27 kilometer dari sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuching, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 4.05 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan diketuai Pegawai Bomba Kanan Albanus Linyan ke tempat kejadian.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang turut diarahkan membantu.

Bagaimanapun disebabkan jalan yang sempit untuk ke puncak Gunung Siburan, pasukan bomba terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk ke lokasi kebakaran, katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba juga berhadapan masalah air bagi kerja memadamkan api.

Katanya tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada penghuni di rumah panjang itu semasa kebakaran berlaku.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan