NICE

Isnin, 11 Julai 2016

PUNCA BAS REMPUH 10 KENDERAAN DI PLUS

IPOH: Sebuah bas persiaran merempuh 10 kenderaan lain dalam satu kemalangan di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora di sini, Ahad.



Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata kemalangan kira-kira 3 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal atau kegagalan brekbas berkenaan.  

"Mengenai kecederaan, buat masa ini pihak polis tidak dapat memastikan jumlah yang terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad malam.  

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu dilaporkan selamat. 

Beliau berkata semasa kejadian, bas berkenaan yang tidak diketahui destinasinya, secara tiba-tiba melalui bahagian lebuh raya itu lalu merempuh tiga kereta di hadapannya. 




"Semua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis di cawangan Trafik Ipoh. Pemandu bas itu akan ditahan untuk membantu siasatan," katanya.  

Ketika kejadian, katanya, aliran trafik di lebuh raya itu bergerak perlahan. 

"Polis Perak memandang serius kejadian ini. Kita akan siasat secara menyeluruh sama ada ia melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol," katanya. 



Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu. 

Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dapat dialihkan kira-kira 4.30 petang, katanya. -Bernama

Selasa, 5 Julai 2016

‘WELCOME TO HELL’, PROTESTING RIO POLICE TELL TOURISTS

RIO DE JANEIRO, July 5 — Brazilian police protesting unpaid salaries and officers’ deaths shocked travelers arriving at Rio de Janeiro’s main airport yesterday with banners reading “Welcome to Hell” a month before the Olympics.


The protest by more than 100 emergency services workers, including firefighters, took place in the arrival hall at Galeao International Airport, which will be a key entry point for the expected half-million tourists to the Games starting August 5.
Officers held up a banner reading: “Welcome to hell. Police and firefighters don’t get paid, whoever comes to Rio de Janeiro will not be safe”.
Mannequins dressed in uniform were laid out on the floor to represent the more than 50 officers killed in Rio de Janeiro so far this year.
A female officer with fake blood smeared on her face and hands clutched a mannequin dressed in a T-shirt reading “SOS policia”.
“We are here to show citizens and tourists from abroad the realities of Brazil,” said veteran police officer Alexander Neto, 56. 
“They’ve been conned and we too have been conned. You have to understand there is no public security.”
Rio police began staging street protests, including another at the airport, last week, saying that they have not been fully paid for months as Rio state hovers on the edge of bankruptcy.
An emergency federal bailout received last week started to be paid out Monday, local news reports said, with the government beginning to meet delayed commitments to emergency services workers, teachers, hospital staff and prison administrators.
Rising crime
Rio is set to become the first South American city in history to host the Olympics. However, there are growing fears about the ability of police to control crime during the event.
Murders in the first quarter of 2016 are up 15 percent on the same period last year.
Non-lethal crimes such as street robberies are also on the rise, highlighted by the hijacking on Friday of a truck carrying some $445,000 worth of television equipment to be used for Olympics news coverage.
David Cervantes, a Colombian tourist who came across the airport protest on arrival in Rio, said he was shocked.
“It’s not the best welcome we could get from Rio de Janeiro, which has the reputation of being such a wonderful city,” he said. “I’m not quite sure what to think.”
Rio Mayor Eduardo Paes admits that crime has become a serious issue on the eve of the Olympics but blames the security problems on the state, not city, government.
“This is the most serious issue in Rio and the state is doing a terrible, horrible job,” he told CNN.
Corruption probe
In addition to violence and the effects of a bruising recession, preparations for the Rio Olympics have been plagued by Brazil’s political instability and a series of corruption scandals.
Huge construction companies building stadiums and other Olympic infrastructure have been implicated in a multi-billion dollar embezzlement scheme centered on state oil company Petrobras.
Now police are investigating the suspected embezzlement of subsidies for Brazilian athletes, O Globo television reported.
The probe centers on deals signed by sports confederations and SB Marketing e Promocoes, a promotional company, the channel said in a report aired late Sunday.
The marketing firm was hired by the sports ministry to channel subsidies to fund athletes’ training, worth around nine million dollars, it said. SB Marketing declined to comment to AFP on the report. — AFP

TRAFFIC FLOW GENERALLY SMOOTH ON HIGHWAYS AS AT 9 AM TUESDAY

KUALA LUMPUR: Traffic flow on several major highways was smooth and under control as at 9 am today.

A spokesman of PLUS Malaysia Berhad, when contacted by Bernama, said traffic flow heading to the north was under control, although slow moving at several stretches.
He said traffic was slow moving from Sg Buaya to Rawang due to a lorry which skidded at Km 440.7 on the south bound of the North-South Expressway.
It is causing obstruction on the middle and right lane, but the affected vehicle is being shifted, he added.
He said the traffic flow heading towards the federal capital and other places was reported to be smooth.
Meanwhile, a spokesman of the Malaysian Highway Authority said traffic was smooth either way on the East Coast Expressway.
The public can obtain the latest traffic information via the toll-free Plusline 1800-88-0000 and Twitter page www.twitter.com/plustrafik or the MHA line 1800-88-7752 and the Twitter page www.twitter.com/llminfotrafik. -- Bernama

PEJABAT JPJ DISAMUN RM754,000

KUALA LUMPUR: Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000 dalam kejadian samun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini, Isnin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian 5.40 petang itu, kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang.

Katanya, suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil.

"Pada waktu kejadian proses pengiraan wang hasil pendapatan harian di lakukan dua pegawai awam," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

KAKI BUDAK PEREMPUAN TERSANGKUT DI CELAH BESI PENUTUP LONGKANG


KLANG: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun berdepan pengalaman hitam apabila kaki kanannya tersangkut di celah penutup longkang besi di Jalan Raja Nong Kiri di Kampung Jawa di sini.





Kanak-kanak ini dipercayai telah tergelincir dan tersepit sehingga paras paha ketika berjalan dengan ibu bapanya menuju ke kereta selepas selesai bersarapan pada pukul 8 pagi Isnin.

Dia meraung dan ibu bapanya cuba menarik kakinya tetapi tidak berjaya.

Mereka kemudian memanggil pasukan bomba untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Mohd Shafiee Rawop berkata kanak-kanak itu, yang ketakutan menangis lebih kuat apabila melihat peralatan yang dibawa anggota bomba.

Enam anggota bomba telah pergi ke tempat kejadian dan menggunakan penyembur hidraulik untuk meluaskan jurang di antara penutup longkang dalam usaha untuk menarik keluar kaki kanak-kanak itu.

Dia menangis teresak-esak tanpa henti, mungkin takut sesuatu akan berlaku kepada kakinya, kata Mohd Shafiee.

Anggota bomba bergilir-gilir memujuk dan mengalihkan perhatiannya dalam usaha menyelamatkannya.

"Kami juga memberi jaminan bahawa anggota bomba berada di sana untuk menyelamatkan dirinya.

"Dia akhirnya tenang dengan bantuan ibu bapanya," katanya.

Mohd Shafiee berkata anggota bomba juga telah menutup kakinya dengan sehelai kain ketika proses menyelamat supaya dia tidak melihat bagaimana ia dilakukan.

Dia akhirnya berjaya diselamatkan selepas 15 minit.

Kanak-kanak itu mengalami beberapa kecederaan ringan dan ibu bapanya membawanya ke klinik, kata Mohd Shafiee.

DBKL PUNYA HAK KE ATAS ARCA PUNCAK PURNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai hak ke atas Arca Puncak Purnama yang dihasilkan oleh Datuk Syed Ahmad Jamal yang terletak di Bulatan Jalan Sulaiman di sini berikutan keputusan mahkamah.



Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Syed Jamal telah membawa DBKL ke mahkamah berikutan tindakan dewan bandaraya itu menaik taraf arca tersebut pada tahun 1989 menggunakan dana DBKL.

"Lanjutan daripada itu, mahkamah telah membuat keputusan bahawa DBKL perlu membayar pampasan kepada pereka asal, dan selepas daripada itu arca ini telah menjadi milik penuh DBKL," katanya dalam kenyataan media di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan DBKL meruntuhkan arca tersebut baru-baru ini berdasarkan beberapa faktor, antaranya DBKL mendapati struktur arca tersebut tidak lagi selamat disebabkan telah usang selain menjadi mangsa musnah laku dan faktor keselamatan kawasan (gangguan penagih dadah/gelandangan).

Tengku Adnan juga berkata sistem pengairan arca ini telah tidak disenggara dan menjadi tempat pembaikan aedes.

"Tapak ini juga merupakan sebahagian daripada projek River of Life yang sedang dalam peringkat pelaksanaan," katanya.

Tengku Adnan berkata arca itu merupakan struktur arca berciri air yang dibina pada tahun 1986 di bawah skim tajaan dan anak angkat UMBC yang pada masa itu ibu pejabat bank itu terletak bersebelahan dengan Taman Mini Puncak Purnama.

"Arca tersebut telah terbiar tanpa jagaan dan penyenggaran selepas itu, dan sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab, DBKL telah menaik taraf arca tersebut pada tahun 1998 menggunakan dana DBKL, namun pereka asal arca telah membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Sementara itu, anggota keluarga allahyarham Syed Ahmad Jamal berkata mereka tidak dimaklumkan tentang langkah DKBL itu dan kecewa apabila mendapati arca itu telah diruntuhkan.

Anak Allahyarham, Syed Nabil Jamal memberitahu sidang akhbar di Balai Seni Visual Negara (BSVN) di sini bahawa keluarganya hanya mengetahui pada Jumaat lepas bahawa acara yang dihasilkan pemenang Anugerah Seniman Negara itu telah diruntuhkan.

Ibu beliau, Datin Hamidah Noor yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan perasaan beliau berkaitan perkara itu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Datuk Mahadzir Lokman menggesa artis dan pengamal seni di seluruh negara supaya mendaftarkan karya mereka di BSVN.

"Pendaftaran ini diperlukan supaya karya mereka dapat dikekalkan dan dilindungi oleh BSVN untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang," katanya.

Khamis, 23 Jun 2016

ENAM ADIK BERADIK DIJANGKITI DIFTERIA

Enam adik beradik kepada kanak-kanak dua tahun yang meninggal dunia akibat jangkitan difteria semalam turut disyaki dijangkiti difteria, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr NorhizanIsmail.





Beliau berkata tujuh beradik dari Kuala Muda itu dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani Selasa lalu. Masing-masing berumur 10 bulan, dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lapan tahun, 10 tahun dan 11 tahun.

Bagaimanapun, katanya, kanak-kanak lelaki berumur dua tahun itu meninggal dunia semalam setelah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Dua kes melibatkan kanak-kanak berumur dua tahun dan bayi berusia 10 bulan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Bagaimanapun kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia pada 22 Jun (Rabu)," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya daripada tujuh kes tersebut, empat daripada mereka iaitu yang berumur 10 bulan, dua tahun (yang telah meninggal dunia), tiga tahun dan empat tahun didapati tidak mendapat pelalian difteria.

Dr Norhizan berkata satu lagi kes membabitkan seorang kanak-kanak warganegara asing berusia enam tahun dari Taman Nilam, Langkawi yang turut disyaki dijangkiti difteria sedang dirawat di HSB dan berada dalam keadaan stabil.

Kesemua kes tersebut, katanya masih menunggu laporan makmal daripada Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.
Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan
keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

RUMAH PANJANG INAP DESA MUSNAH DIJILAT API

Sebuah rumah panjang lima pintu yang beroperasi sebagai inap desa di Kampung Sentah di puncak Gunung Siburan, kira-kira 27 kilometer dari sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuching, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 4.05 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan diketuai Pegawai Bomba Kanan Albanus Linyan ke tempat kejadian.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang turut diarahkan membantu.

Bagaimanapun disebabkan jalan yang sempit untuk ke puncak Gunung Siburan, pasukan bomba terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk ke lokasi kebakaran, katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba juga berhadapan masalah air bagi kerja memadamkan api.

Katanya tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada penghuni di rumah panjang itu semasa kebakaran berlaku.- BERNAMA

Selasa, 21 Jun 2016

BILAL MATI KETIKA SOLAT TERAWIH

Seorang bilal meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Tarawih di Masjid Kutan di sini, kelmarin.

Che Kob @ Yaakub Che Sop, 69, rebah secara tiba-tiba pada rakaat keempat kira-kira 9.15 malam dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
“Saya terkejut melihat seorang jemaah di saf hadapan rebah ke belakang dan kepalanya terkena lutut saya.
“Saya bersama seorang lagi jemaah segera menghentikan solat tarawih untuk memberi bantuan.
“Kami cuba mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah namun semuanya sudah terlambat kerana mangsa tidak sedarkan diri,” kata salah seorang jemaah, Che Adnan Che Hassan.
Beliau juga menemui alat penyedut lelah dalam poket baju mangsa.
Kejadian itu dilaporkan kepada polis yang kebetulan bertugas di masjid berkenaan, lapor Harian Metro.
Insiden itu menyebabkan solat tarawih terhenti selama 10 minit sebelum bersambung hingga selesai.
Isteri mangsa, Sepiah Mohd Sidik mengesahkan suaminya menghidap lelak sejak lebih 10 tahun lalu.
“Arwah suami memberitahu anak kami bahawa dia nak mati, mungkin merujuk keadaannya yang sering sakit dada sejak kebelakangan ini.
“Bagaimanapun saya tidak mengambil serius kata-katanya kerana menganggapnya bergurau namun ternyata gurauan itu menjadi kenyataan,” katanya.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kutan Tengah, di sini semalam.

BOLA SEPAK MERUNDUM, JANGAN SANGKA PRESTASI SUKAN NEGARA MEROSOT - KJ

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta agar rakyat tidak menghukum prestasi sukan negara dengan melihat pencapaian skuad bola sepak kebangsaan.
Katanya kebanyakan sukan telah membuktikan bahawa atlet mereka mampu mempamerkan prestasi dan pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa.


Beliau berkata rakyat tidak sepatutnya menganggap prestasi sukan negara merosot berikutan hanya satu jenis sukan yang tidak menunjukkan pencapaian terbaik.
"Sukan kita tidak merudum, sukan kita di landasan betul, cuma bola sepak  (belum menunjukkan prestasi baik)," katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam), di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.
"Walaupun bola sepak kita kalah, sukan lain seperti ragbi kita juara di Kejohanan Ragbi Asia. Malah kita berada di ranking keempat Asia di belakang Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong," katanya.
Selain ragbi, Khairy turut berpuas hati dengan pencapaian atlet olahraga  seperti Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan yang mempamerkan pencapaian terbaik di beberapa kejohanan disertai mereka.
Katanya kemunculan perenang remaja Welson Sim dan pencapaian atlet lompat tinggi Nauraj Singh sedikit sebanyak meredakan kebimbangan beliau berhubung ketandusan pingat emas dalam acara renang dan lompat tinggi pada Sukan SEA 2017.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai 26 atlet negara telah layak beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos depan.
Sementara skuad paralimpik negara pula, seramai 13 atlet telah mengesahkan tempat mereka ke temasya itu yang dijadual berlangsung pada September, dua minggu selepas berakhir Sukan Olimpik 2016.
"Kita akan melihat saingan antara kontinjen Olimpik dan Paralimpik, yang mana akan menjadi penyumbang emas pertama negara.
"Saya juga akan umumkan insentif bagi pemenang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik sebelum temasya itu bermula," katanya.
Pada sidang media kemudian, Khairy berkata rakyat tidak seharusnya menilai prestasi sukan negara secara keseluruhan berdasarkan beberapa jenis sukan popular sahaja.
"Atlet daripada sukan lain telah mempamerkan prestasi yang membanggakan negara. Jadi, mereka juga perlu dinilai dan dihargai," katanya.
Pada majlis penyampaian Shakam itu, seramai 39 atlet menerima insentif berikutan pencapaian cemerlang meraih pingat emas, perak dan gangsa di kejohanan peringkat antarabangsa dari September 2015 hingga Jun tahun ini. — Bernama

SKIM SIMPANAN SHARIAH KWSP BUKA PENDAFTARAN BERMULA OGOS

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka pendaftaran bagi pilihan simpanan persaraan barunya, Simpanan Shariah, yang akan dilancarkan tahun depan kepada ahli ahlinya pada 8 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP memperuntukkan dana permulaan RM100 bilion, kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016.
"Ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa, yang kini dikenali sebagai Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah perlu hadir membawa dokumen pengenalan diri ke cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari.
“Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selaras dengan prinsip Syariah, kadar dividen untuk Simpanan Shariah berdasarkan prestasi portfolio patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen.
"Satu Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) ditubuhkan bagi menyelia semua aspek operasi, pelaburan dan tadbir urus Simpanan Shariah.
"JKPS juga akan mengiktiraf produk pelaburan Syariah yang ditadbir dan disahkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," katanya.
Ia adalah skim pertama berasaskan siapa cepat dia dapat. Jika ahli KWSP tidak berjaya mendapat bahagian pertama, mereka secara automatik berada dalam senarai menunggu bagi tahun depan.

'GENG SYAFIQ' TUMPAS

Kumpulan samun bersenjata yang dikenali sebagai 'Geng Syafiq' tumpas dengan tertangkapnya empat anggotanya, sekaligus menyelesaikan 17 kes samun di Lembah Klang dan Selangor sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata ketua geng tersebut iaitu lelaki berusia 23 tahun ditangkap dalam sebuah rumah di Batu Caves pada 17 Jun lepas manakala tiga anggotanya ditahan semalam di sebuah hotel di ibu kota.

"Hasil maklumat yang diterima, kita membuat serbuan ke atas hotel berkenaan pada 11.30 pagi semalam dan menahan tiga lelaki berumur 23 hingga 32 tahun. Turut dirampas dua bilah parang dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu.

"Turut dijumpai 16 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah komputer riba yang dipercayai hasil kegiatan samun itu," katanya kepada pemberita di Sungai Buloh hari ini.

Abdul Aziz berkata modus operandi kumpulan itu adalah melakukan samun pada awal pagi di kawasan yang kurang pengunjung seperti kolam memancing.

Kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

-Bernama

Isnin, 20 Jun 2016

SKMM PERLU CARI DALANG SEBAR AKUAN BERSUMPAH PALSU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat segera isu akuan bersumpah palsu berhubung Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir Mohamed.




Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berkata akuan bersumpah yang mendakwa beliau memaksa Azharuddin Othman menuduh individu tertentu 'membeli' pangkalan data penduduk negara ini digunakan untuk mendapatkan 1.2 juta tandatangan bagi projek Deklarasi Rakyat, adalah palsu.

Azharuddin yang juga seorang pengatur cara komputer bebas, pada 26 Mei lalu mengaku ditawarkan RM5,000 untuk terbabit dengan urus niaga menjual pangkalan data itu bagi pemalsuan tandatangan pada deklarasi terbabit yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berkata beliau sudah mendedahkan akuan bersumpah kononnya memaksa Azharuddin membuat pengakuan itu sebagai palsu tetapi masih ada pihak menyebarkan satu lagi akuan bersumpah palsu berhubung isu sama.

"Selepas mengetahui kewujudan akuan palsu terbabit, saya dan Azharuddin sudah membuat penafian di laman sosial serta menghantar beberapa pesanan ringkas kepada rakan wartawan mengenai kewujudan akuan bersumpah palsu atas nama saya.

"Tetapi hal berkenaan tidak berhenti di situ, telefon bimbit saya mula dihujani pelbagai panggilan telefon dan mesej WhatsApp yang bertanyakan kenapa saya membayar Azharuddin untuk menipu.

"Apabila diselidik rupanya ada satu laporan portal berita yang menyiarkan bahawa akuan bersumpah palsu itu adalah betul walaupun ia sudah dinafikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum menyerahkan beberapa lampiran bukti mengenai akuan bersumpah palsu berkenaan kepada pegawai Biro Aduan Pengguna di SKMM, di sini hari ini.

Chegubard berkata, laporan disiarkan portal berita itu ternyata tidak benar dan beliau sudah menulis surat terbuka kepada pihak terbabit bagi membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam bermula 18 Jun lalu yang akan berakhir petang ini.

Dia bimbing saya pada Islam, dia suamiku

Ramadan kali ini membuka lebaran baru buat seorang mualaf yang masuk tahun kedua mendalami Islam.
Hilda Saran atau nama Islamnya Naura Auni Abdullah, 27, berdoa agar keluarganya lebih terbuka menerimanya.


Naura Auni, yang sebelum ini penganut Kristian, berkata beliau berminat masuk Islam ketika kecil lagi apabila melihat sepupunya dibesarkan dalam agama itu.
Pekerja pengurusan di sebuah syarikat swasta itu berkata niatnya untuk masuk Islam ketika itu bagaimanapun terpaksa dipendam kerana tiada sesiapa yang membimbingnya.
“Dari kecil saya minat Islam kerana ada keluarga Islam, ayah kepada sepupu saya masuk Islam. Ketika saya masih kecil saya lihat sepupu saya bertudung dan solat.
“Dari dulu tertarik tapi tidak ada yang mahu bimbing saya,” katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.
Lafaz syahadah
Wanita kelahiran Kuching itu bagaimanapun ketika melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertemu seorang lelaki yang membimbingnya ke jalan yang benar.
Setelah mendalami Islam, pada Ramadan 2014, pada jam 9 pagi beliau hadir Pejabat Agama Islam Klang bagi melafazkan syahadat dan disaksikan oleh lelaki itu yang kini merupakan suaminya.
“Saya berjumpa seorang lelaki sekarang dia kini adalah suami saya.
“Saya banyak bertanya kepada suami saya bagaimana proses ingin memeluk agama Islam dan saya mulai belajar dari dia.
“Saya memang nak dari dulu tapi tak tahu nak minta tolong dari siapa.
“Alhamdulillah, suami saya yang jadi saksi saya masuk Islam pada bulan Ramadan 2014,” katanya.
Ambil hati ibu
Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui bagaimana untuk memberitahu kepada kedua ibu bapanya mengenai perkara tersebut.
Pelbagai perkara menghantui fikiran sehingga beliau begitu khuatir sekiranya dibuang oleh keluarganya.
“Agak sukar memberitahu keluarga saya tapi lama kelamaan saya kuatkan diri untuk beritahu. Saya takut mereka putuskan pertalian.
“Saya ambil masa selama tiga bulan untuk beritahu mereka. Alhamdulillah mereka agak terkejut dengan berita itu,” katanya yang menambah adiknya turut masuk Islam awal tahun ini.
Naura Auni berkata, sesudah masuk Islam,beliau berusaha untuk mengambil hati ibu dan bapanya supaya mereka boleh menerima beliau seadanya.


“Saya tahu kemarahan mereka sudah mulai reda, tapi, Ramadan kali ini mereka lebih terbuka menerima saya,” katanya.

Sumber

Abu Sayyaf terima wang tebusan RM8.8 juta

Kumpulan militan, Abu Sayyaf didakwa hanya menerima hanya P100 juta atau RM8.8 juta sahaja sebagai bayaran tebusan bagi membebaskan empat mangsa culik dari Sarawak, walaupun laporan sebelum ini menyebut sebanyak P130 juta (RM12 juta) akan dibayar sebagai wang tebusan, lapor Manila Times, semalam.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar tersebut mendakwa kehilangan baki RM3.2 juta itu telah menimbulkan syak wasangka yang menjurus kepada pemberontak mungkin bersekongkol dengan para pegawai kerajaan dari Malaysia dan Filipina, yang mungkin berkongsi wang tersebut sesama mereka.
"Ia telah menjadi isu hangat di Malaysia sekarang. Pembayaran wang tebusan telah menjadi satu daripada tajuk-tajuk utama mereka, tetapi menghairankan, ia masih belum mendapat perhatian media Filipina.
"Kita mendapat maklumat bahawa kumpulan Abu Sayyaf menjadi marah setelah mengetahui dari laporan berita bahawa wang tebusan itu sebenarnya sebanyak RM12 juta (P130 juta), namun, hanya P100 juta sahaja sampai kepada mereka," kata seorang pegawai kanan, memetik laporan itu.
"Persoalannya ialah ke mana hilangnya wang itu?"
Satu lagi sumber mendakwa seorang pegawai kerajaan tempatan di Sulu terlibat dalam rundingan.
"Sudah menjadi pengetahuan umum di Malaysia yang biasanya P30 juta (RM2.64 juta) dibayar sebagai wang tebusan bagi mangsa-mangsa culik rakyat Malaysia pada masa lalu. P130 juta setakat ini adalah yang tertinggi," kata sumber itu.
Sumber itu mendakwa, beberapa pegawai tempatan termasuk mungkin di kalangan tentera telah bersubahat dengan Abu Sayyaf.
"Mengapa mereka begitu pasif? Jelas sekali, banyak pihak yang mungkin terlibat. Banyak jawapan boleh diberikan oleh Gabenor Sulu (Abdusakur Tan)," tambah sumber itu.

Khamis, 16 Jun 2016

1 MINIT 2 GOAL

Jaringan lewat Antoine Griezmann dan Dimitri Payet membawa tuan rumah, Perancis ke slot pusingan 16, awal pagi tadi.
Perancis menumpaskan Albania, 2-0.

Penyerang Atletico Madrid, Griezmann, yang masuk menggantikan Coman pada minit ke-68 memperoleh gol sulung pada minit ke-90.
Perancis kemudian memperoleh gol kedua menerusi pemain West Ham United, Payet, selang beberapa saat ketika perlawanan hampir tamat.
“Kami perlu menang untuk layak. Itu yang kami lakukan,” kata Griezmann memberitahu televisyen Perancis.
“Jurulatih memberitahu bahawa saya perlu masuk. Saya tahu saya perlu melakukan sesuatu apabila berada di padang.”
Payet juga adalah penjaring di minit akhir ketika Perancis menumpaskan Romania 2-1, pada perlawanan pembukaan.
Keadaan itu menimbulkan keraguan sama ada barisan Didier Deschamps boleh mengulangi kejayaan di Euro 1984 dan Piala Dunia 1998 di gelanggang sendiri.
Bagaimanapun, Deschamps menjelaskan bahawa jaringan di minit akhir menunjukkan kesungguhan pemainnya mencapai kemenangan.
“Bukan nasib. Tapi, pemain mempamerkan kesungguhan untuk mendapatkan kejayaan,” katanya.
Perancis akan bertemu Switzerland, di Lille, pada kira-kira 3 pagi, Isnin, 20 Jun.

POLIS THAILAND TAHAN 14 RAKYAT MALAYSIA

Polis Thailand menahan 14 warga Malaysia termasuk seorang remaja perempuan dan seorang wanita Vietnam di San Sai, Chiang Mai, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pusat panggilan palsu.


Mneurut Bernama, ketua penyiasatan Balai Polis San Sai Kapten Kunnasak Srikuratanont bnerkata, 15 anggota sindiket itu ditahan di sebuah rumah sewa di Kluaymai, daerah San Sai, 10 pagi semalam.
"Polis Wilayah Kelima mendapat maklumat daripada penduduk di kawasan itu kerana penggunaan elektrik yang tinggi, membawa kepada carian dan penahanan rakyat Malaysia dan Vietnam," katanya yang dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, seorang warga Malaysia itu ialah remaja perempuan berusia 17 tahun dan sudah dipindahkan ke pusat tahanan belia.
Kunnasak berkata, sindiket itu menggunakan Chiang Mai sebagai pangkalan untuk kegiatan jenayah mereka dan menyasar warga Malaysia yang tinggal dan bekerja secara haram di Thailand sebagai mangsa.
Menurut Bangkok Post, mereka membuat panggilan kononnya kad kredit mangsa bermasalah dan meyakinkan mangsa supaya memindahkan wang ke dalam akaun sindiket itu.


Sejak dua minggu lalu, kumpulan itu berjaya memperolehi RM500,000 daripada mangsa.
Kunnasak berkata, polis menemui tujuh pil methamphetamine dalam satu bilik diduduki seorang lelaki warga Malaysia, dipercayai ketua sindiket itu.
Selain menghadapi tuduhan penipuan, beliau berkata lelaki itu juga akan didakwa berkaitan dadah.
"Bagi tuduhan berkaitan penipuan, lelaki itu dan anggota sindiketnya bakal dipenjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan, manakala bagi tuduhan dadah, dia boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun," katanya