NICE

Memaparkan catatan dengan label thai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label thai. Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2016

POLIS THAILAND TAHAN 14 RAKYAT MALAYSIA

Polis Thailand menahan 14 warga Malaysia termasuk seorang remaja perempuan dan seorang wanita Vietnam di San Sai, Chiang Mai, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pusat panggilan palsu.


Mneurut Bernama, ketua penyiasatan Balai Polis San Sai Kapten Kunnasak Srikuratanont bnerkata, 15 anggota sindiket itu ditahan di sebuah rumah sewa di Kluaymai, daerah San Sai, 10 pagi semalam.
"Polis Wilayah Kelima mendapat maklumat daripada penduduk di kawasan itu kerana penggunaan elektrik yang tinggi, membawa kepada carian dan penahanan rakyat Malaysia dan Vietnam," katanya yang dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, seorang warga Malaysia itu ialah remaja perempuan berusia 17 tahun dan sudah dipindahkan ke pusat tahanan belia.
Kunnasak berkata, sindiket itu menggunakan Chiang Mai sebagai pangkalan untuk kegiatan jenayah mereka dan menyasar warga Malaysia yang tinggal dan bekerja secara haram di Thailand sebagai mangsa.
Menurut Bangkok Post, mereka membuat panggilan kononnya kad kredit mangsa bermasalah dan meyakinkan mangsa supaya memindahkan wang ke dalam akaun sindiket itu.


Sejak dua minggu lalu, kumpulan itu berjaya memperolehi RM500,000 daripada mangsa.
Kunnasak berkata, polis menemui tujuh pil methamphetamine dalam satu bilik diduduki seorang lelaki warga Malaysia, dipercayai ketua sindiket itu.
Selain menghadapi tuduhan penipuan, beliau berkata lelaki itu juga akan didakwa berkaitan dadah.
"Bagi tuduhan berkaitan penipuan, lelaki itu dan anggota sindiketnya bakal dipenjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan, manakala bagi tuduhan dadah, dia boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun," katanya

Jumaat, 10 Jun 2016

Kes pembunuhan rakyat Malaysia


Pembunuhan rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ahmad Basrah pada awal pagi 16 Mei lepas di Hatyai dipercayai berpunca dari perasaan tidak puas hati suspek terhadap cara tunggangan motosikal mangsa pada hari kejadian.
Perkara itu didedahkan oleh Penolong Ketua Polis Songkhla, Kol Chaiwat Nittayavitmol, yang berkata suspek, Warawut Muangmin, 25, tidak berpuashati cara tunggangan motosikal oleh Mohd Nizam dan bertindak menembaknya.
"Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal dinaikinya bersama rakan, yang menyebabkannya rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu telah bertindak melepaskan tembakan terhadap mangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, Warawut berasal dari Hatyai adalah penjual alat binaan ditahan dalam sebuah van disewanya di Jalan Tak-Lampan ketika cuba melarikan diri daripada buruan pihak polis.
Pada 16 Mei lepas, Mohd Nizam yang berasal daripada Pulau Pinang ditembak mati ketika sedang menunggang motosikal seorang diri ke sebuah hotel di Hatyai kira-kira 3.30 pagi.
Sejurus selepas ditahan, Warawut menurut Chaiwat telah dibawa ke Haytai untuk soal siasat.
Beliau berkata, dalam proses siasatan polis telah bertindak menemu bual beberapa saksi serta melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dapat menahan Warawut.
Chaiwat juga berkata, pihak polis sedang memburu rakan Warawut yang menunggang motosikal bersamanya. - BERNAMA