NICE

Memaparkan catatan dengan label Duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duit. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2016

Abu Sayyaf terima wang tebusan RM8.8 juta

Kumpulan militan, Abu Sayyaf didakwa hanya menerima hanya P100 juta atau RM8.8 juta sahaja sebagai bayaran tebusan bagi membebaskan empat mangsa culik dari Sarawak, walaupun laporan sebelum ini menyebut sebanyak P130 juta (RM12 juta) akan dibayar sebagai wang tebusan, lapor Manila Times, semalam.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar tersebut mendakwa kehilangan baki RM3.2 juta itu telah menimbulkan syak wasangka yang menjurus kepada pemberontak mungkin bersekongkol dengan para pegawai kerajaan dari Malaysia dan Filipina, yang mungkin berkongsi wang tersebut sesama mereka.
"Ia telah menjadi isu hangat di Malaysia sekarang. Pembayaran wang tebusan telah menjadi satu daripada tajuk-tajuk utama mereka, tetapi menghairankan, ia masih belum mendapat perhatian media Filipina.
"Kita mendapat maklumat bahawa kumpulan Abu Sayyaf menjadi marah setelah mengetahui dari laporan berita bahawa wang tebusan itu sebenarnya sebanyak RM12 juta (P130 juta), namun, hanya P100 juta sahaja sampai kepada mereka," kata seorang pegawai kanan, memetik laporan itu.
"Persoalannya ialah ke mana hilangnya wang itu?"
Satu lagi sumber mendakwa seorang pegawai kerajaan tempatan di Sulu terlibat dalam rundingan.
"Sudah menjadi pengetahuan umum di Malaysia yang biasanya P30 juta (RM2.64 juta) dibayar sebagai wang tebusan bagi mangsa-mangsa culik rakyat Malaysia pada masa lalu. P130 juta setakat ini adalah yang tertinggi," kata sumber itu.
Sumber itu mendakwa, beberapa pegawai tempatan termasuk mungkin di kalangan tentera telah bersubahat dengan Abu Sayyaf.
"Mengapa mereka begitu pasif? Jelas sekali, banyak pihak yang mungkin terlibat. Banyak jawapan boleh diberikan oleh Gabenor Sulu (Abdusakur Tan)," tambah sumber itu.

Khamis, 16 Jun 2016

GAJI MINIMUM TAK JEJAS PEKERJA - TM

Pelaksanaan dasar gaji minima mulai 1 Julai ini tidak akan menyebabkan pekerja diberhentikan kerja, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.


Beliau memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini bahawa sebaliknya, pelbagai faktor termasuk kekurangan permintaan bagi produk syarikat, akan menyebabkan kepada pemberhentian pekerja.

"Selain itu, data Jabatan Tenaga Kerja yang menguatkuasakan perintah gaji minima 2012, tidak menunjukkan sebarang pemberhentian pekerja akibat daripada pelaksanaan gaji minima ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Engku Naimah Engku Taib mengenai sejauh mana pelaksanaan perintah gaji minimum 2016 ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja akan memberi kesan kepada bilangan pekerja yang diberhentikan.

Ismail berkata, pemberhentian pekerja dalam syarikat-syarikat juga memerlukan majikan menyatakan sebab pemberhentian itu, dan sehingga kini tiada rekod yang menyatakan ia disebabkan oleh pelaksanaan gaji minimum.

Khamis, 9 Jun 2016

NESTUM - Empayar Kuih Raya

Wahai ibu-ibu di luar sana, masih belum terlambat untuk anda gapai impian dan buktikan tiada apa yang mustahil untuk anda berjaya!

  • Percayalah bahawa anda sebenarnya lebih daripada hanya seorang ibu. #MoreToLife

    Nestum ada berita baik untuk ibu-ibu semua. Dengan hanya menghasilkan Kuih Raya yang sedap, resipi anda bakal berubah menjadi satu empayar bisnes pada masa akan datang. Jom buat Kuih Raya dan realisasikan hobi ini sebagai satu perniagaan!

    Berminat nak join? Mudah saja, anda hanya perlu ikuti 3 langkah di bawah:

1. Beli mana-mana produk Nestle Nestum

2. Ambil gambar kreatif biskut/kuih bersama pek Nestum

3. Hantar gambar beserta resipi ke laman Dear Nestle

Mudah kan?

Untuk maklumat lanjut mengenai Nestum Empayar Kuih Raya, sila layari laman web Nestle Nestum atau pergi ke Facebook Nestum Malaysia.