NICE

Memaparkan catatan dengan label Peluang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peluang. Papar semua catatan

Isnin, 10 Oktober 2011

Nasihat Kepada Pemain Malaysia


Kalau lah MALAYSIA coach mendengar LUAHAN CADANGAN PENDAPAT ....................
Ini semua adalah untuk kebaikkan negara kita.....Bangkitlah HARIMAU MALAYA


Kalaulah cakaran ini sentiasa mencakar dan menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa...pastinya kami rakyat Malaysia Berbangga dengan pencapaian itu...
jangan bazirkan duit rakyat lagi.....


Rabu, 3 Ogos 2011

Berikan Kami Peluang

KETIADAAN tiga pemain pertahanan Olimpik negara dan tonggak berpengalaman, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dalam kem latihan pusat Harimau Malaya bermula hari ini membuka ruang yang luas kepada beberapa pemain yang sering kali hanya memanaskan bangku simpanan.
Peluang yang terhidang kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memikat hati ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal selepas ada yang berasakan pertahanan negara yang dibarisi pemain yang sama sejak penghujung tahun lalu perlu diubah kerana dilaporkan menjadi salah satu faktor kekalahan Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari.

Tiga tonggak pertahanan terbabit yang sering mendapat kepercayaan Rajagobal membarisi kesebelasan utama -Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli - bersama empat pemain lain menyertai skuad Olimpik negara di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang kini menjalani latihan di Slovakia.
Ketiadaan mereka meninggalkan lapan pemain bersaing untuk berada dalam kesebelasan utama termasuk pemain pertahanan tengah berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah, Mohamad Azmi Muslim, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Faizal Muhamad.

“Kehadiran sejumlah pemain ini termasuk mereka yang sudah mempunyai berpengalaman yang luas di pentas antarabangsa mungkin dapat meningkatkan lagi kualiti benteng terakhir negara yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini. “Sebagai pemain, saya kena fikir positif perkara ini kerana sesiapapun mempunyai kemampuan untuk beraksi mewakili skuad negara. Cuma mereka perlu membentuk persefahaman dan komunikasi yang baik semasa sesi latihan serta diterjemahkan apabila turun beraksi dalam perlawanan sebenar,” kata pemain negara, Mohd Asraruddin Putra Omar.

Dia yang sering menjadi pilihan Rajagobal mengisi posisi pertahanan kiri turut terkena tempias kritikan berikutan kerapuhan pertahanan negara turut berjanji untuk meningkatkan lagi prestasinya.

“Walaupun sering berada dalam kesebelasan utama, posisi ini masih belum menjadi milik saya sepenuhnya. Saya perlu mempamerkan persembahan yang lebih baik dan konsisten kerana pemain seperti Mohamad Azmi mampu menggantikan saya bila-bila masa saja,” katanya.

Untuk sesi latihan pusat kali ini, Harimau Malaya dijadualkan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa termasuk menentang Oman di tempat lawan pada Rabu depan.



 Asraruddin (dua dari kiri) bersama Mahali (kiri), Fadhli, Muslim dan Aidil (kanan) yang menjadi tonggak pertahanan skuad Rajagobal pada saingan Kelayakan Piala Dunia lalu.