NICE

Memaparkan catatan dengan label Mati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mati. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Jun 2016

Kes pembunuhan rakyat Malaysia


Pembunuhan rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ahmad Basrah pada awal pagi 16 Mei lepas di Hatyai dipercayai berpunca dari perasaan tidak puas hati suspek terhadap cara tunggangan motosikal mangsa pada hari kejadian.
Perkara itu didedahkan oleh Penolong Ketua Polis Songkhla, Kol Chaiwat Nittayavitmol, yang berkata suspek, Warawut Muangmin, 25, tidak berpuashati cara tunggangan motosikal oleh Mohd Nizam dan bertindak menembaknya.
"Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal dinaikinya bersama rakan, yang menyebabkannya rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu telah bertindak melepaskan tembakan terhadap mangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, Warawut berasal dari Hatyai adalah penjual alat binaan ditahan dalam sebuah van disewanya di Jalan Tak-Lampan ketika cuba melarikan diri daripada buruan pihak polis.
Pada 16 Mei lepas, Mohd Nizam yang berasal daripada Pulau Pinang ditembak mati ketika sedang menunggang motosikal seorang diri ke sebuah hotel di Hatyai kira-kira 3.30 pagi.
Sejurus selepas ditahan, Warawut menurut Chaiwat telah dibawa ke Haytai untuk soal siasat.
Beliau berkata, dalam proses siasatan polis telah bertindak menemu bual beberapa saksi serta melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dapat menahan Warawut.
Chaiwat juga berkata, pihak polis sedang memburu rakan Warawut yang menunggang motosikal bersamanya. - BERNAMA

Selasa, 27 September 2011

Ingat Kalau Lupa

Dah nak habis raya ke? Macam tak puas je......aduh....nk part 6 dh...report LI xwat lagi...Aduh....bila rasanya ada masa nak buat semua ni.....nak cari duit lagi.....

(ANGAN-ANGAN INGIN MENJADI SEORANG JUTAWAN)..

 Hahahaha...doa2 kan lah.....AMINNNN......................=)

Sebelum tu aku nak ingatkan pada diri aku yang mudah lupa serta kalian semua mengenai KUBUR. Mungkin kalian semua pelik kenapa aku berbicara mengenai kubur. 


 Bukankah semua yang hidup akan menemuai ajalnya? Jadi kita semua umat islam pasti akan dikuburkan kelak. Kalau kalaian ingin tahu. Kubur akan menyeru manusia sebanyak 5x. Antara seruannya adalah:

Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Ada kesedaran tak dalam hati kalian. Sebagai umat islam kita seharusnya mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT. Salah satunya ingat pada orang yang telah lama pergi meninggalkan kita. Insyaalah...bila teringat mesti terdetik dihati kita untuk betaubat. Sesungguhnya pintu taubat itu tidak akan tertutup selagi kita masih bernyawa. Ingatlah wahai UMAT ISLAM semua. Macam beri tazkirah pulak malam-malam ni. 

Allahyarham Tun Abdul Razak
Bapa Pembangunan Malaysia

Banyak lagi aku ingin kongsikan pada kalian semua. Tunggu la next entri nanti. Salam