NICE

Memaparkan catatan dengan label rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rasuah. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2016

SKMM PERLU CARI DALANG SEBAR AKUAN BERSUMPAH PALSU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat segera isu akuan bersumpah palsu berhubung Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir Mohamed.




Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berkata akuan bersumpah yang mendakwa beliau memaksa Azharuddin Othman menuduh individu tertentu 'membeli' pangkalan data penduduk negara ini digunakan untuk mendapatkan 1.2 juta tandatangan bagi projek Deklarasi Rakyat, adalah palsu.

Azharuddin yang juga seorang pengatur cara komputer bebas, pada 26 Mei lalu mengaku ditawarkan RM5,000 untuk terbabit dengan urus niaga menjual pangkalan data itu bagi pemalsuan tandatangan pada deklarasi terbabit yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berkata beliau sudah mendedahkan akuan bersumpah kononnya memaksa Azharuddin membuat pengakuan itu sebagai palsu tetapi masih ada pihak menyebarkan satu lagi akuan bersumpah palsu berhubung isu sama.

"Selepas mengetahui kewujudan akuan palsu terbabit, saya dan Azharuddin sudah membuat penafian di laman sosial serta menghantar beberapa pesanan ringkas kepada rakan wartawan mengenai kewujudan akuan bersumpah palsu atas nama saya.

"Tetapi hal berkenaan tidak berhenti di situ, telefon bimbit saya mula dihujani pelbagai panggilan telefon dan mesej WhatsApp yang bertanyakan kenapa saya membayar Azharuddin untuk menipu.

"Apabila diselidik rupanya ada satu laporan portal berita yang menyiarkan bahawa akuan bersumpah palsu itu adalah betul walaupun ia sudah dinafikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum menyerahkan beberapa lampiran bukti mengenai akuan bersumpah palsu berkenaan kepada pegawai Biro Aduan Pengguna di SKMM, di sini hari ini.

Chegubard berkata, laporan disiarkan portal berita itu ternyata tidak benar dan beliau sudah menulis surat terbuka kepada pihak terbabit bagi membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam bermula 18 Jun lalu yang akan berakhir petang ini.

Khamis, 16 Jun 2016

POLIS THAILAND TAHAN 14 RAKYAT MALAYSIA

Polis Thailand menahan 14 warga Malaysia termasuk seorang remaja perempuan dan seorang wanita Vietnam di San Sai, Chiang Mai, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pusat panggilan palsu.


Mneurut Bernama, ketua penyiasatan Balai Polis San Sai Kapten Kunnasak Srikuratanont bnerkata, 15 anggota sindiket itu ditahan di sebuah rumah sewa di Kluaymai, daerah San Sai, 10 pagi semalam.
"Polis Wilayah Kelima mendapat maklumat daripada penduduk di kawasan itu kerana penggunaan elektrik yang tinggi, membawa kepada carian dan penahanan rakyat Malaysia dan Vietnam," katanya yang dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, seorang warga Malaysia itu ialah remaja perempuan berusia 17 tahun dan sudah dipindahkan ke pusat tahanan belia.
Kunnasak berkata, sindiket itu menggunakan Chiang Mai sebagai pangkalan untuk kegiatan jenayah mereka dan menyasar warga Malaysia yang tinggal dan bekerja secara haram di Thailand sebagai mangsa.
Menurut Bangkok Post, mereka membuat panggilan kononnya kad kredit mangsa bermasalah dan meyakinkan mangsa supaya memindahkan wang ke dalam akaun sindiket itu.


Sejak dua minggu lalu, kumpulan itu berjaya memperolehi RM500,000 daripada mangsa.
Kunnasak berkata, polis menemui tujuh pil methamphetamine dalam satu bilik diduduki seorang lelaki warga Malaysia, dipercayai ketua sindiket itu.
Selain menghadapi tuduhan penipuan, beliau berkata lelaki itu juga akan didakwa berkaitan dadah.
"Bagi tuduhan berkaitan penipuan, lelaki itu dan anggota sindiketnya bakal dipenjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan, manakala bagi tuduhan dadah, dia boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun," katanya

Rabu, 15 Jun 2016

PEGAWAI KASTAM DITAHAN DISYAKI MINTA RASUAH DARI NELAYAN

Dua pegawai Jabatan Kastam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis selepas disyaki meminta rasuah daripada seorang pemilik bot di Kuala Perlis, kelmarin.


Pengarahnya Yaakob Angah berkata seorang lelaki awam turut ditahan di rumahnya di Kuala Perlis kerana disyaki bersubahat dengan pegawai kastam berkenaan hari ini.

Menurutnya pegawai-pegawai kastam berumur dalam lingkungan 40-an itu didakwa meminta RM4,000 daripada pemilik bot terbabit supaya dilepaskan daripada didakwa membawa stok diesel berlebihan untuk diseludup ke negara jiran pada Ahad lepas.

"Pasukan SPRM bagaimanapun menemui wang RM3,000 sahaja daripada mereka semasa diberkas petang semalam," kata Yaakop dalam kenyataan di Kangar semalam.

Beliau berkata kedua-dua pegawai kastam itu ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 manakala lelaki yang bersubahat pula disiasat mengikut Seksyen 28 akta sama.

- Bernama