NICE

Memaparkan catatan dengan label Insaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Insaf. Papar semua catatan

Rabu, 30 Januari 2013

Siapakah Orang Itu?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan nabi sulaiman A.S.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "inna lillahi wainna illaihi rajiuun." lalu sambil berkata,"ya rabbi aku redha dengan ketentuanmu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg kedekut?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.. 

Selasa, 24 Januari 2012

PANASKAH MATAHARI?


 
Jarak antara matahari dengan bumi adalah lebih kurang 149,680,000 km. Sangat jauh, tapi itu pun kita dah boleh terasa bahang panasnya matahari. Di akhirat nanti jarak antara kita dan matahari hanya sejengkal. Bayangkan keadaan kita nanti, dapatkah kita tahan betapa panasnya matahari? Ini bukan borak kosong, ianya pasti akan terjadi pada kita semua suatu masa nanti. Masanya akan tiba, tapi telah bersediakah kita dengan amalan yang akan menyelamatkan kita dari kepanasan itu? Itu baru matahari, 1 dari 70 bahagian kepanasan api Neraka.

Ahad, 30 Oktober 2011

Pelik ATAU Tidak

Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya..tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,
Tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2,3 kali.

Pelik ya..susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email mahupun di facebook,
Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,berfikir dua tiga kali..

wallahua'lam...

T_T malunya pada DIA.

Khamis, 20 Oktober 2011

Ayah nak RM10

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca