NICE

Memaparkan catatan dengan label Cadangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cadangan. Papar semua catatan

Khamis, 20 Oktober 2011

Ayah nak RM10

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca

Isnin, 19 September 2011

TOLONG BERITAHU SI DIA AKU ADA PESANAN BUATNYA…

Tolong beritahu si dia… 
-cinta agung adalah cintaNya…

Tolong beritahu si dia… 
-cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia… 
-jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia… 
-jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia… 
-jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia… 
-dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakana pada si dia… 
-dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia… 
-aku terpikat kerana imannya bukan rupa parasnya…

Tolong ingatkan si dia… 
-aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya…

Tolong ingatkan si dia…
-aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…



Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

CINTA… Lahirnya dari dua hati… hadirnya tanpa dipaksa…