PARA penyokong kelab bolasepak Al-Ahly merayakan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap 21 peminat bola sepak di Kaherah kelmarin
PORT SAID - Seramai 31 orang mati dalam rusuhan yang berlaku di sini akibat keputusan sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 21 peminat bola sepak di Mesir, kata beberapa pegawai kesihatan semalam.
Sejumlah penduduk termasuk pemuda merusuh dan mengamuk kelmarin selepas Hakim Mahkamah Jenayah Kaherah, Sobhy Abdel Maguid membaca senarai nama 21 peminat yang dihukum mati.
Mereka dihukum mati selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam rusuhan bola sepak yang berlaku di sebuah stadium bola sepak di Port Said yang mengakibatkan 74 orang terbunuh pada 1 Februari tahun lalu.
Rusuhan itu berlaku selepas kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly apabila peminat kelab Al-Masry yang bersenjatakan pisau dan kayu meluru ke padang stadium di sini untuk mengejar pemain dan peminat pasukan lawan.
Hakim itu juga mengumumkan hukuman terhadap 52 lagi defendan termasuk sembilan orang pegawai keselamatan akan diputuskan pada 9 Mac depan.
.
Just follow blog aku kalau korang rasa nak follow...kalau tak nak...aku tak halang.....harap ada yang sudi follow bolg ini....Luahan rakyat...Cadangan aku....Pendapat Korang...=)
NICE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Al-Fatihah untuk Allahyarham Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman . Allahyarham ialah seorang pelawak dan pelakon. Sebelum...
-
Cara Mendapatkan dan Menambah Traffic blog hingga Jutaan Pengunjung Mesti ramai yang nak tau....sanggup ke kalian semua membaca cara dan...
-
Air liur basi berkhasiat di dalam sistem tubuh pencernaan manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan