NICE

Selasa, 23 Ogos 2011

Dah Tahu Buat-buat Tak Tahu


  1. Amalan SUNAT di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan amalan FARDU, dan amalan FARDU di ganda 70 kali ganda, tapi solat FARDU berjemaah tidak ramai orang buat manakala solat SUNNAT tarawikh ramai pula orang buat.
  2. Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka, manakala kebanyakkan masjid surau pula terbahagia kepada tiga bahagian, 10 hari awalnya penuh, 10 hari pertengahannya ‘lega’ dan 10 hari akhirnya lengang(merujuk kepada saf masjid/surau)
  3. Berita dapat bonus setengah bulan lebih di rasai gembira dari berita mendapat bonus seribu bulan, kerana kesesakkan orang di pasar berbanding kelengangan orang di 10 akhir Ramadhan terserlah sudah.(rujuk point no.2)
  4. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka, tapi kita hanya mampu beristigfar melihat orang berbuka puasa membazir ikan ikan bakar di meja meja.-isk.
  5. Sesungguhnya Allah membebaskan hamba hamba dari api neraka pada setiap malam pada bulan Ramadhan, manakala korang pula membebaskan letupan letupan dari bunga api dan mercun pada setiap malam bulan ramadhan.
  6. Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar, dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam. Aku tidak tambah apa apa hadith ini, begitulah bunyinya.
  7. Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja walaupun hanya sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, manakala sesiapa yang tidak sempat menempah baju raya dengan sengaja ,walaupun hanya sehelai tanpa keuzuran atau sakit,dia pasti akan dapat menempah seribu helai lagi walaupun tak habis pakai seumur hidup.Moral: jangan ponteng puasa.
  8. Tardapat banyak lawak yang menggunakan prosa, jika nak batal puasa koreklah hidung, namun dewasa ini, banyak sudah pendapat ulamak yang mengatakan korek hidung tidak batal puasa, namun mengorek hidung di hadapan khalayak perlulah di elak kerana bimbang orang lain pula batal puasa(akibat muntah)
  9. Aku masih was was bila ada Buzanama cakap, boleh bersetubuh dengan isteri di bulan puasa dengan syarat korek hidung sebelum bersetubuh yang mana hukum asal denda bagi mereka yang bersetubuh di bulan ramadhan adalah kena berpuasa dua bulan berturut turut. Tapi bila korek hidung kena ganti satu hari sahaja, Ustaz tu salah! tapi kejadian ini berlaku waktu aku sekolah menengah dan masih jahil, jika ustaz ni baca blog aku hari ini, di harap ustaz itu insaf serta merta di tempat kejadian.(rujuk point no.8)
  10. Hadith kelebihan solat sunnat tarawikh yang menceritakan kelebihan melampau lampau di yang di gantung gantung di masjid dan surau adalah hadith palsu walaupun ada yang tak tahu hadith itu palsu, tapi masjid tetap kosong di akhir ramadhan kerana mereka lebih gemar membeli gubahan hiasan bunga bunga dan pasu pasu.
  11. Tahukah korang, bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, tak tahu? Itu yang aku nak bagitahu.
  12. Puasa politik atau mogok lapar direka oleh Mahatma Gandhi, orang islam tak payah nak tunjuk perasaan dengan mogok lapar-bodoh ke apa?
  13. Terdapat orang(sesetengah ustaz) yang mana pada bulan tidak puasa, cukup anti dengan hadith fadhail, katnya hadith itu untuk budak budak, tapi bila bulan puasa suka pula mendengar dan menyampaikan hadith fadhail, ini mungkin ada kaitan dengan syaitan yang di rantai pada bulan puasa kerana syaitan memang tidak suka dengan kelebihan amalan yang dijanjikan dalam hadith fadhail.
  14. Ada orang islam yang berpuasa dinegara 4 musin yang siang harinya pendek, sekejap sahaja mereka puasa sudah masuk waktu berbuka dan ada orang islam yang siang harinya panjang sampai 18 jam baru berbuka, selamat berpuasa. Allah know best!
  15. Bulan tak puasa solat magrib paling penuh dalam carta solat paling popular dii kuti solat isyak, manakala solat subuh paling lengang, tapi bila tiba bulan puasa, solat subuh penuh macam solat magrib, wah bagusnya, tapi solat maghrib pulak menjadi lengang kerana sibuk berbuka.pulak!
  16. Kita hendaklah memberitahu orang yang mengumpat di depan kita supaya berhenti mengumpat dengan menyatakan “aku sedang berpuasa” kerana mengumpat di depan orang yang berpuasa adalah satu kesalahan walaupun mengumpat orang lain.
  17. Ada orang yang puasa tapi tak solat sedangkan solat adalah amalan pertama yang akan di hisab yang mana jika solat diterima barulah amalan lain akan diterima, namun jangan suruh orang puasa tapi tak solat itu berbuka, itu bengong namanya, tapi suruhlah orang puasa tapi tak solat itu supaya bersolat.
  18. Diberitakan sahabat Nabi menangis di akhir Ramadhan kerana sedih bulan mulia dah nak berlalu, tapi kita (tak payahlah aku mengumpat dibulan puasa- rujuk point 16)
  19. Kebanyakkan lagu lagu raya yang seronok di dengar itu adalah dinyayikan oleh orang yang sudah lama meninggal dunia. Bukan sepatutnya rasa seram ke?-woha!
  20. Di 10 malam akhir ramadahan, ada orang buat solat tahajjud berjemaah dan mungkin ada yang buat dengan tidak berjemaah, yang berjemaah jangan perasan bagus sebab yang buat asing asing itu sedang ikut sunnah Nabi.
  21. Dahulu jika sabit kesalahan di dapati telah bersalahnyaseorang islam itu tidak berpuasa dengan sengaja, hukuman untuk mereka adalah naik keretamayat, tak tahu hukuman ini masih berjalan atau tak. 
  22. etiap tahun penyanyi Mam Bai yang pernah popular dengan lagu “masih aku tarasa” mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna agar dapat Mam Bai lalui Dengan sempurna- aku juga mengharapkan begitu, sambil menyanyi lagu : Harapan ramadhan.., selangkah demi selanglah, ewah..
  23. Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur, insyAllah, korang akan makan macam makan tengah hari, kalau yang berhadas besar, syariat mengajar mandi wajib dahalu baru makan.
  24. Segerakan berbuka, kerana itu sunnah, tapi ada masjid segerakan tarawikh tapi tinggal solat sunnat ba'adiah lepas isyak, apa kes?
  25. Ada antara korang yang ketika membaca perenggang ini, masih belum membayar zakat fitrah.Mengaku jelah...
  26. Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ dalam kubur yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan