NICE

Rabu, 15 Jun 2011

Giliran ahli Pas tunjuk Belang

Ingatkan dah habis cerita pasal video lucah ahli politik di Malaysia,wal hal ada lagi.Kali ini, giliran Mat Sabu pula. Mat Sabu yang baru sahaja memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS dalam muktamar PAS baru-baru ini, dikatakan juga mempunyai skandal dengan bekas calon PAS di Pilihanraya Kecil Tenang, Cikgu Normala.

Kami tidak tahu mengapa kali ini, video seks Mat Sabu pula yang diedarkan kepada orang ramai.Ramai diantara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat menuduh UMNO atas video skandal Mat Sabu ini.Namun pada pendapat kami, berkemungkinan juga ianya hasil daipada saingan politik Mat Sabu sendiri yang berada di dalam PAS.




Namun apa yang kami kesalkan adalah, mengapa begitu senang sahaja berlaku penyebaran video lucah seperti ini?Seperti tidak ada apa-apa yang dibuat oleh pihak berkuasa.Baru-baru ini, seorang pemandu bas telahpun dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun kerana kesalahan menayangkan video lucah terhadap seorang wanita warga Indonesia dan didakwa dibawah seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan